BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Sunday, February 7, 2010

Hormatilah Azan

Assalamualaikum.....

Hari ni aku nak kongsi satu artikel yang menarik untuk renungan dan nasihat....Artikel ni citer tentang betapa pentingnya menghormati azan....Sumer orang Islam tau azan adalah sebagai tanda masuknya waktu solat tak kira la Subuh , Zohor, Asar, Maghrib ataupun Isyak....

Sukan golf adalah salah satu sukan yg agak popular ni Malaysia ni....Peristiwa selepas ni adalah berkaitan golf dan azan...Peristiwa ini telah lama berlaku di Malaysia. Suatu hari, 3 orang telah pergi bermain golf hingga larut malam dan bila sampai 2 lubang terakhir mereka terpaksa menunggu lama...Di situ, nampak 4 orang sedang cuba habiskan permainan...Akibat lama tunggu, mereka telefon manager tempat situ tetapi agak terperanjat bila manager tu kata 3 orang tu adalah last group yg ada dekat tempat tu dan tiada orang lain....3 orang tu terus pulang ke kelab dan bila sampai mereka menceritakan peristiwa aneh tu kat manager....

Soalan pertama yg manager tu tanya adalah adakah mereka bertiga berhenti main ketika azan berkumandang dari masjid di pinggir padang golf tu...3 orang tu tergamam dan akhirnya sedar apa telah mereka lakukan...Mungkin 4 "orang" tu adalah bukan manusia...Mungkin juga Allah S.W.T. ingin menyedarkan tentang berhenti seketika ketika azan berkumandang....Tak rugi pun kalo berhenti seketika....Apa2 pun SOLAT jangan tinggal...SOLAT tu kan tiang agama....

Ok la...Setakat ni je lah...Aku sebenarnya baru je lepas masuk explorace...huhuhu letih bangat...Pasni nak gi mandi dan makan..Daaaa....
BYE......

Link : http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=3592

Saturday, January 9, 2010

Surat untuk Sahabat

Semalam.....
Aku dan kawan baik ku bertengkar tentang sesuatu. Dengan emosi menguasai, aku mengambil keputusan tak mahu bercakap dengannya lagi. Esoknya, dia senyum kepada ku tapi aku pula membuat muka. Selama tidak bertegur sapa tu, dia hanya menceritakan benda baik tentang ku kepada rakan-rakannya. Tapi aku pula sebaliknya. Menceritakan benda buruk tentangnya kepada orang lain.

Kadang kala, dia cuba mendekati dan menegur ku tapi aku bertindak kejam menolaknya ke tepi. Di hatinya, aku adalah kawan yang terbaik pernah dia kenal. Ada sekali dia cuba mengingatkan aku kembali kenangan-kenangan manis yang pernah kami kongsi bersama. Jauh di sudut hati ku, aku mengasihaninya. Tapi hati ku ini sudah ditanam dengan kebencian. Pada suatu hari, aku telah jumpa satu surat darinya........

Kepada..........,
Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi tak diberi peluang bercakap. Saya cuba senyum tapi kamu balas senyuman dengan kebencian. Ketika ini saya berada di hospital dan doktor mengesahkan keadaan saya semakin teruk. Saya mintak maaf sebab terpaksa memberitahu kamu sekarang. Saya juga minta maaf atas pergaduhan dulu. Kamu memang kawan yang hebat. Saya janji akan sentiasa memerhatikan kamu.
Salam.......

Dengan sepantas kilat, aku bergegas ke hospital untuk meminta maaf. Tapi aku sudah terlambat. Yang ada hanyalah ibunya yang bersedih. Dia telah pergi buat selama-lamanya. Aku sungguh berasa kesal dengan apa yang telah aku buat sebelum ni. Tapi apakan daya. Nasi telah jadi bubur.

PENGAJARAN :
Kadang kala kita perlu meminta maaf dahulu. Jangan tunggu orang lain yang melakukannya dulu. Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok harinya.

*drpd artikel di syok.org.......