Semalam.....
Aku dan kawan baik ku bertengkar tentang sesuatu. Dengan emosi menguasai, aku mengambil keputusan tak mahu bercakap dengannya lagi. Esoknya, dia senyum kepada ku tapi aku pula membuat muka. Selama tidak bertegur sapa tu, dia hanya menceritakan benda baik tentang ku kepada rakan-rakannya. Tapi aku pula sebaliknya. Menceritakan benda buruk tentangnya kepada orang lain.
Kadang kala, dia cuba mendekati dan menegur ku tapi aku bertindak kejam menolaknya ke tepi. Di hatinya, aku adalah kawan yang terbaik pernah dia kenal. Ada sekali dia cuba mengingatkan aku kembali kenangan-kenangan manis yang pernah kami kongsi bersama. Jauh di sudut hati ku, aku mengasihaninya. Tapi hati ku ini sudah ditanam dengan kebencian. Pada suatu hari, aku telah jumpa satu surat darinya........
Kepada..........,
Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi tak diberi peluang bercakap. Saya cuba senyum tapi kamu balas senyuman dengan kebencian. Ketika ini saya berada di hospital dan doktor mengesahkan keadaan saya semakin teruk. Saya mintak maaf sebab terpaksa memberitahu kamu sekarang. Saya juga minta maaf atas pergaduhan dulu. Kamu memang kawan yang hebat. Saya janji akan sentiasa memerhatikan kamu.
Salam.......
Dengan sepantas kilat, aku bergegas ke hospital untuk meminta maaf. Tapi aku sudah terlambat. Yang ada hanyalah ibunya yang bersedih. Dia telah pergi buat selama-lamanya. Aku sungguh berasa kesal dengan apa yang telah aku buat sebelum ni. Tapi apakan daya. Nasi telah jadi bubur.
PENGAJARAN :
Kadang kala kita perlu meminta maaf dahulu. Jangan tunggu orang lain yang melakukannya dulu. Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok harinya.
*drpd artikel di syok.org.......
0 comments:
Post a Comment