BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 10, 2010

Futsal dan Reunion


Penat sangat malam ni. Tetapi dalam-dalam penataku terasa seronok sangat. Ye la kan dah lama tak jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu. Last jumpa pun masa amik result SPM. Paling kurang pun jumpa kat matrik je. Rindu sangat.

Aku nak citer kan pengalaman aku ni sebagai kenangan. Sebelum pegi ke SAMBA de FUTSAL tu, aku pergi la join kat DTP jap. Nak tengok Pesta Budaya kat kolej aku ni. Lagipun aku nak sokong AWEK ku tersayang main gamelan. Cantik dia malam tu hehehe. Dan tak sangka lak aku boleh dapat cabutan bertuah. Tak pernah selama 3 tahun aku kat sini dapat cabutan bertuah hehehe.

Dalam pukul 10pm camtu, aku dengan Skele@Remy dan Soleh pergi ke tempat yang ingin dituju. Mula-mula kami buat-buat pandai dan tahu tempat tu. Last-last sesat gak. Dalam pukul 10 lebih camtu baru je jumpa. Rupa-rupanya silap masuk exit kat Federal Highway hehehe. Lepas sampai je terus kami tukar baju sumer. Sedia untuk beraksi. Tak sangka gak ramai kawan-kawan SERATASIAN20 yang datang. Boleh buat 3 team futsal.

Lepas puas main selama 1 jam lebih, kami penat. Tukar-tukar baju balik dan masa untuk bergambar lak. Sambil-sambil tu tengok match bola antara ARSENAL dan EVERTON. Dalam pukul 1 lebih camtu kami sumer berpakat nak gi RESTORAN MURNI SS2. Tak sangka gak diorang sume pun pernah dengar tempat ni. Lama gak kami lepak-lepak sambil makan-makan. Banyak benda yang diciterkan. Biasa la dah lama kan tak jumpa. Dalam pukul 3 lebih camtu kami pun beransur pulang. Balik ke tempat masing-masing. Sekarang ni lutut kanan aku dah start rasa sakit. Hmm kena ngadu la kat sayang ni hehehe.

Ok la. Setakat ni je la coretan ku. Dalam letih ni. Nak tidur dulu. Jumpa lagi. Daaa.......
Assalammualaikum......

SERATASIAN20 - Zul Ustat(organizer), Wan Nordin, Azim, Zainal, Zul, Jijoi, Akie, Mat Ban, Soleh, Naqib, Adzim, Mus, Skele@Remy, Anoi, Izzat, Doli.

2 comments:

MomTom said...

aku pown dpt cabutan bertuah jugak
1st time!

Maamin "KAKA" Malik said...

hahaha....bgus la...
sama2 dpt...