BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010

Sofbol SUKMUM



30 Januari 2010....
1 tarikh yg takkan aku lupakan...
SUKMUM 2010....seperti tahun lepas aku masuk team sofbol ASTAR....tapi kali ni aku bermain di position lain...tahun lepas aku bermain di position outfield - kurang sikit tekanan...tapi tahun ni aku bermain sebagai pitcher...besar tanggungjawab tu...aku berlatih pitcher pun tak sampai 3 minggu....so x konsisten la balinganku...huhuhu...

Kali ini kami tewas di group stage...dlm group kami ade team 2nd, 11th and PUSPITA...1st game kami pukul 9pg - 1st vs 11th...ni la 1st time kami main sofbol betul2 kerna tak ada friendly pun...game ni kami kalah tipis je 11-10....tak pe la at least dapat gak kami bagi tentangan kat 11th tu....

2nd game pukul 2ptg - 1st vs 2nd...time tu mmg panas terik...tak tahan aku....rasa kulit ni dah burn...team 2nd lak bawak penyokong yg ramai giler...diorang "saiko" picher, aku la tu abis2...aku lak kena makan "saiko"...memang tak perform la...asyik bagi free walk je...
finally kami kalah teruk...

3rd game pukul 4ptg - 1st vs PUSPITA...cuaca time tu mendung2 sikit...kami main macam biasa sebab dah tau tak berpelunag layak...pitcher PUSSPITA tu mmg laju tapi tak konsisten...nasib baik aku dapat pukul gak...hohoho bangganya....time pitch lak, mula2 aku gagal perform lg...tapi nak abis je dapat lak buat elok2...finally kami kalah gak tapi tak teruk sangat...

Huhuhu...apa2 pun ni pengalaman yg takkan aku lupakan...tahun depan tak tau la macam mana....harap2 ada la pitcher yg lebih bagus dari aku....sebelum terlambat, tahniah kepada suhaili, zul dan hidayat sebab dapat terpilih untuk selection ke MASUM....tak lupa gak kepada team sofbol pompuan, PANTHERS sebab layak ke final...korang sumer mmg hebat...

Sunday, January 10, 2010

Futsal dan Reunion


Penat sangat malam ni. Tetapi dalam-dalam penataku terasa seronok sangat. Ye la kan dah lama tak jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu. Last jumpa pun masa amik result SPM. Paling kurang pun jumpa kat matrik je. Rindu sangat.

Aku nak citer kan pengalaman aku ni sebagai kenangan. Sebelum pegi ke SAMBA de FUTSAL tu, aku pergi la join kat DTP jap. Nak tengok Pesta Budaya kat kolej aku ni. Lagipun aku nak sokong AWEK ku tersayang main gamelan. Cantik dia malam tu hehehe. Dan tak sangka lak aku boleh dapat cabutan bertuah. Tak pernah selama 3 tahun aku kat sini dapat cabutan bertuah hehehe.

Dalam pukul 10pm camtu, aku dengan Skele@Remy dan Soleh pergi ke tempat yang ingin dituju. Mula-mula kami buat-buat pandai dan tahu tempat tu. Last-last sesat gak. Dalam pukul 10 lebih camtu baru je jumpa. Rupa-rupanya silap masuk exit kat Federal Highway hehehe. Lepas sampai je terus kami tukar baju sumer. Sedia untuk beraksi. Tak sangka gak ramai kawan-kawan SERATASIAN20 yang datang. Boleh buat 3 team futsal.

Lepas puas main selama 1 jam lebih, kami penat. Tukar-tukar baju balik dan masa untuk bergambar lak. Sambil-sambil tu tengok match bola antara ARSENAL dan EVERTON. Dalam pukul 1 lebih camtu kami sumer berpakat nak gi RESTORAN MURNI SS2. Tak sangka gak diorang sume pun pernah dengar tempat ni. Lama gak kami lepak-lepak sambil makan-makan. Banyak benda yang diciterkan. Biasa la dah lama kan tak jumpa. Dalam pukul 3 lebih camtu kami pun beransur pulang. Balik ke tempat masing-masing. Sekarang ni lutut kanan aku dah start rasa sakit. Hmm kena ngadu la kat sayang ni hehehe.

Ok la. Setakat ni je la coretan ku. Dalam letih ni. Nak tidur dulu. Jumpa lagi. Daaa.......
Assalammualaikum......

SERATASIAN20 - Zul Ustat(organizer), Wan Nordin, Azim, Zainal, Zul, Jijoi, Akie, Mat Ban, Soleh, Naqib, Adzim, Mus, Skele@Remy, Anoi, Izzat, Doli.

Saturday, January 9, 2010

Surat untuk Sahabat

Semalam.....
Aku dan kawan baik ku bertengkar tentang sesuatu. Dengan emosi menguasai, aku mengambil keputusan tak mahu bercakap dengannya lagi. Esoknya, dia senyum kepada ku tapi aku pula membuat muka. Selama tidak bertegur sapa tu, dia hanya menceritakan benda baik tentang ku kepada rakan-rakannya. Tapi aku pula sebaliknya. Menceritakan benda buruk tentangnya kepada orang lain.

Kadang kala, dia cuba mendekati dan menegur ku tapi aku bertindak kejam menolaknya ke tepi. Di hatinya, aku adalah kawan yang terbaik pernah dia kenal. Ada sekali dia cuba mengingatkan aku kembali kenangan-kenangan manis yang pernah kami kongsi bersama. Jauh di sudut hati ku, aku mengasihaninya. Tapi hati ku ini sudah ditanam dengan kebencian. Pada suatu hari, aku telah jumpa satu surat darinya........

Kepada..........,
Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi tak diberi peluang bercakap. Saya cuba senyum tapi kamu balas senyuman dengan kebencian. Ketika ini saya berada di hospital dan doktor mengesahkan keadaan saya semakin teruk. Saya mintak maaf sebab terpaksa memberitahu kamu sekarang. Saya juga minta maaf atas pergaduhan dulu. Kamu memang kawan yang hebat. Saya janji akan sentiasa memerhatikan kamu.
Salam.......

Dengan sepantas kilat, aku bergegas ke hospital untuk meminta maaf. Tapi aku sudah terlambat. Yang ada hanyalah ibunya yang bersedih. Dia telah pergi buat selama-lamanya. Aku sungguh berasa kesal dengan apa yang telah aku buat sebelum ni. Tapi apakan daya. Nasi telah jadi bubur.

PENGAJARAN :
Kadang kala kita perlu meminta maaf dahulu. Jangan tunggu orang lain yang melakukannya dulu. Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok harinya.

*drpd artikel di syok.org.......

Wednesday, January 6, 2010

Burj Dubai @ Burj Khalifa

        

    Greg Sang, pengarah projek Emaar dengan bangga berkata :
      " Pesawat tidak dapat menembusi Burj seperti dilakukan pada tiang keluli Pusat Dagangan Dunia (WTC). "

Burj Khalifa yang baru je dinamakan sebagai menara tertinggi di dunia. Terletak di bandar yang pesat membangun, Dubai di UAE. Dan seperti yang kita tahu UAE adalah salah satu negara Islam. So yang menjadi persoalan, perlukah kita sebagai umat Islam berbangga dengan menara ini???

Pemaju menara ini, Emaar Properties, baru2 ni menyatakan dengan yakinnya bahawa tahap keselamatan menara ini lebih bagus dibandingkan dengan Bangunan Empire State di US. Si Greg Sang pula menambah dengan mengatakan struktur konkrit Burj Khalifa yang diperkuatkan lebih teguh daripada pencakar langit lain yang diperbuat daripada kerangka keluli.

Aduiii. Cakap besar betul. Tiada benda yang dapat lari dari kuasa Allah S.W.T. Sekuat dan seteguh mana pun menara itu kalo dengan izin Allah S.W.T. akan runuth juga. Tak kira dengan apa2 pun sekali. Sekarang lak ramai orang telah bangga2 ngan menara tinggi2. Ni lah salah satu daripada tanda2 akan berlakunya hari kiamat kelak.

Hmm okla. Setakat ni jela. Kita jumpa lagi. Daaa.....
Assalammualaikum....

Monday, January 4, 2010

PeMBuKA KaTa

Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Mulai tahun 2010, ni lah kali kedua aku bergiat dalam dunia blog ni....hehehe sebelum ni ade gak aku wat 1 blog lagi tapi sudah lama x update....so terbiar je camtu...
X pe la...ni blog terbaru aku...harap2 aku leh la rajin2 kan diri update blog ni....hehehe...

Hmm....sekarang ni aku x la busy sangat...ade je banyak masa terluang sampai aku rasa bosan sebab x tau nak wat pe...hehehe....hari2 macam biasa la...bukak FB and then main game2 kat dalam tu...

Selain main game2 FB, aku kadang2 cari gak movie2 yang best untuk download....banyak gak movie yang aku tertinggal....so ape lg untuk jimatkan duit, aku download la mana2 yang aku minat...malas nak gi wayang....kena jimat la sem ni....hehehe

Tentang kelas lak...aduuiiii...sem ni 2 ari, selasa dan jumaat, kelas aku bermula pukul 8...peritnya bila nak bangun pagi...hehehe...nasib baik x de kelas petang except lab n subjek ko-k....

OK LA...setakat tu je la aku nak citer...nanti kita berjumpa lagi...DAAA...assalammualaikum....

SELAMAT TAHUN BARU 2010......